fbpx

Waris Allahyarham Azam Smile terima faedah Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kefli menyerahkan faedah kepada waris keluarga Azam Smile ketika ditemui di Kampung Batang Rokan, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

TAMPIN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM3,000 kepada waris keluarga penyanyi, Allahyarham Mohd Azam Zainal Abidin, 37, di Kampung Batang Rokan, di sini, hari ini.

Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Wan Kefli Hamid berkata, Mohd. Azam atau lebih dikenali sebagai Azam Smile ditemukan telah meninggal dunia di kediamannya dalam keadaan tertiarap di atas katil di Shah Alam Selangor pada 26 Februari lalu.

Menurutnya, Azam Smile merupakan seorang penyanyi dan antara lagu yang dipopularkan oleh beliau ialah Sudahlah Sayang dan Atas Cintamu serta difahamkan juga arwah baharu sahaja selesai merakamkan lagu raya berjudul Gedebak Gedebuk Raya.

“Sejurus mendapat maklumat mengenai kemalangan maut yang menimpa Azam Smile menerusi media massa dan Facebook, Skuad Perkeso Prihatin Putrajaya telah melakukan semakan dan mendapati waris layak layak mendapat faedah serta menyerahkan kes ini kepada kita.

“Faedah ini berdasarkan caruman yang dibuat Azam Smile sebagai pekerja sebuah institusi perbankan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebelum memulakan karier sebagai penyanyi,” katanya ketika ditemui pemberita, di Kampung Batang Rokan, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, kakak Azam Smile, Marzalina Syariz, 47, turut menerima faedah Perkeso susulan hasil semakan mendapati arwah suaminya yang meninggal lebih 12 tahun lalu layak menerima faedah itu.

Jelas Wan Kefli lagi, oleh kerana arwah masih bujang, faedah diberikan kepada ibu dan bapa sehingga akhir hayat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN