fbpx

Vanidah sentuh janggut Faizal Hussein guna kaki, beraninya drama Melayu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular dalam media sosial babak panas antara dua pelakon disegani, Vanidah Imran dan Faizal Hussein dalam naskhah Bidaah.

Dalam babak tersebut, Vanidah sebagai Ummi Rabiatul yang berbaring di atas katil dilihat menyentuh janggut ketua ajaran sesat, Walid (Faizal) menggunakan kakinya.

Video babak tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan jijik dengan adegan tersebut yang ditayangkan dalam bulan Ramadan.

“Semakin berani drama Melayu sekarang. Meremang tengok. Hilang rasa malu, tak takut dosa. Tolonglah buat cerita yang mendidik jiwa menjadikan masyarakat berakhlak mulia. Banyak isu masyarakat yang boleh diketengahkan selain babak begini,” komen netizen.

Ada juga netizen yang mula mempersoalkan karya Erma Fatima yang dikatakan sering menyelitkan unsur lucah dan watak penunggang agama dalam kebanyakan drama terbitannya.

“Erma Fatima ni asyik buat cerita tentang penunggang agama. Apa motif dia sebenarnya? Apa masalah dia sebenarnya? Nak gambarkan Islam ni teruk ke? Sedangkan banyak lagi isu yang boleh diketengahkan,” komen seorang lagi netizen.

Selain babak panas di atas katil, satu lagi babak panas turut menjadi bualan ramai iaitu babak Fazlina Ahmad Daud minum air basuhan kaki Faizal Hussein.

Drama Bidaah mula ditayangkan dalam platform penstriman Viu Malaysia pada 6 Mac lalu dan diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh produksi Rumah Karya Citra milik Erma Fatima.

Drama berkenaan berkisarkan kehidupan pengamal ajaran sesat yang telah tersebar di sebuah perkampungan. Ajaran sesat yang dibawa Walid yang dengan beraninya mengaku bahawa dirinya merupakan jelmaan Iman Mahdi kepada para pengikutnya.

Selain Vanidah dan Faizal, drama yang bersiaran menerusi platform penstriman Viu tersebut urut dibintangi oleh Fattah Amin, Riena Diana, Fatiya Latiff, Fazlina Ahmad Daud dan Marissa Yasmin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI