fbpx

Thailand perketat kawalan di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stesen kereta api Sungai Golok, Narathiwat. - Thai Train Guide

BANGKOK  – Penumpang yang menuju ke stesen kereta api Sungai Golok digesa keluar lebih awal berikutan pemeriksaan keselamatan lebih ketat di wilayah Narathiwat, mungkin menyebabkan kelewatan perjalanan. 

Akhbar The Nation melaporkan, pihak berkuasa meningkatkan pemeriksaan keselamatan selepas serangan kumpulan pemisah kelmarin.

Kereta Api Negeri Thailand (SRT) semalam mengeluarkan nasihat supaya penumpang tiba di stesen kereta api Sungai Golok lebih awal bagi mengelak daripada mereka terlewat menaiki tren.

Pasukan keselamatan, termasuk polis dan tentera mempertingkatkan langkah keselamatan dan mengadakan sekatan jalan raya tambahan di Sungai Golok.

Ia susulan siri serangan bom dan senjata api di pusat bandar Golok malam kelmarin. Serangan mengakibatkan tiga orang maut dan 11 yang lain cedera.

SRT menyatakan bahawa pasukan keselamatan menubuhkan lebih banyak pos pemeriksaan jalan raya bermula pukul 7 pagi (waktu tempatan) semalam tanpa tarikh tamat ditetapkan untuk langkah-langkah itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`