fbpx

‘Terlepas sahur’ alasan makan di gerai pada waktu siang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk memarahi pelanggan yang tidak berpuasa. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sekumpulan penduduk menyerbu sebuah warung yang beroperasi pada waktu siang semasa bulan Ramadan, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku di Garut, wilayah Jawa Barat.

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa pelanggan sedang duduk makan, merokok dan minum kopi.

Seorang lelaki pada awalnya dilihat menghampiri seorang pelanggan yang sedang duduk makan di warung.

Dia kemudian bertanyakan agama dianuti pelanggan berkenaan.

“Siapa punya kopi ini? Kenapa tidak berpuasa? Islam, bukan?” soalnya.

“Saya punya. Ya, Islam tetapi saya tidak bersahur tadi,” jawab pelanggan tersebut.

Tidak lama kemudian, lelaki tersebut mengambil gelas kopi di atas meja lalu menuang airnya.

Di bahagian lain dalam warung sama, beberapa lelaki lain menterbalikkan meja dan memarahi pelanggan di dalam warung kerana tidak menghormati orang berpuasa.

Terdapat juga lelaki lain yang melempar gelas kaca sehingga pecah.

Menurut Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Garut, Basuki Eko, kejadian berlaku pada 5 Mac lalu ketika anggotanya membuat rondaan.

Mereka sebelum itu diiringi beberapa penduduk tempatan yang tanpa diduga bertindak di luar jangkaan.

“Anggota kami tidak turut serta bertindak seperti itu. Mereka berada di warung tersebut untuk meleraikan kekecohan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Garut, Asisten Komisioner Besar Polis M Fajar Gemilang berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden itu.

Ujarnya, polis telah memanggil semua pihak yang terlibat dalam kekecohan itu termasuk anggota Unit Polis Perkhidmatan Awam yang berada di lokasi kejadian.

Namun, Fajar berkata, kes itu masih dalam siasatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI