BESUT – Bekas Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Superintendan Azamuddin Ahmad@Abu dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Besut yang baharu bermula hari ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, Azamuddin menggantikan Asisten Komisioner, Abdul Rozak Mohamad yang telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang pada akhir tahun lalu.
“Saya berharap pengalaman 37 tahun beliau (Azamuddin) dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat terus memacu kecemerlangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.
“Itu juga harapan pucuk pimpinan (Bukit Aman,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyaksikan majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Besut antara Azamuddin dan Deputi Superintendan Md. Sani Md. Saleh. – KOSMO! ONLINE