fbpx

‘Siapa pernah lalui perkara sama, bersuaralah…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengguna di TikTok berkongsi memori pahit yang mendakwa dirinya pernah didera oleh keluarganya sendiri

PETALING JAYA – Seorang pengguna di TikTok tampil berkongsi memori pahit yang dilaluinya apabila mendakwa pernah menjadi mangsa penderaan yang dipercayai dilakukan ahli keluarga sendiri.

Menurut wanita itu, dia terpanggil untuk bersuara susulan daripada drama Keluarga Itu yang menjadi perbualan hangat di media sosial mengenai isu kekeluargaan yang dikatakan sama seperti jalan cerita hidupnya sebelum ini.

“Mak kandung tak percaya saya, salahkan saya sebab percayakan hasutan bapa untuk membenci ibu selepas mereka berdua bercerai.

“Saya melalui semua itu seorang diri tanpa pembelaan dan kepercayaan daripada keluarga sendiri.

“Siapa pernah lalui perkara yang sama ini, bersuaralah di ruangan komen,” katanya.

Perkongsian itu mendapat respons daripada netizen yang menunjukkan rasa simpati terhadap pemilik akaun berkenaan yang merupakan mangsa ‘haruan makan anak’ itu.

“Beraninya sis dedahkan kisah sis. Semoga kuat sis,” komen @alongkunak96.

“Masyarakat jangan salahkan mangsa. Victim blaming (menyalahkan mangsa). Mangsa ada hak untuk dapat keadilan. Bila mangsa berkongsi kisah, dia berharap kisah dia menjadi iktibar bagi orang lain. Jangan tutup mulut mangsa,” komen peguam Wan Azliana Wan Adnan.

Postingan ini mendapat jutaan tontonan selain menerima perhatian daripada pelakon Umie Aida yang membintangi drama Keluarga Itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN