fbpx

Saya minta maaf, buat posting dalam emosi – Kakak pemandu Honda Jazz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Athirah Najwa membuat permohonan maaf semalam.

PETALING JAYA – Kakak kepada pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut dua remaja di Jalan Persiaran Senawang 1, Negeri Sembilan, baru-baru ini, tampil membuat permohonan maaf di sosial media semalam.

Sebelum ini wanita berkenaan telah membuat hantarannya yang mempertahankan adiknya yang memandu Honda Jazz yang didakwa menjadi punca dua remaja maut, menyinggung perasaan disifatkan sebagai satu tindakan kurang empati.

Kata Nur Athirah Najwa, keputusan untuk meminta maaf diambil setelah dia menyedari bahawa hantaran dan komen yang dibuat olehnya tempoh lalu merupakan sesuatu yang amat keterlaluan.

“Saya juga sedar hantaran itu telah memberi kesan buruk terutamanya kepada ahli keluarga mangsa.

“Saya sedar telah memuat naik perkara yang menyinggung perasaan tersebut dalam keadaan emosi tidak stabil,” katanya.

Terdahulu, Nur Athirah telah memuat naik satu komen yang meminta semua pihak tidak melemparkan kata-kata yang tidak baik terhadap adiknya yang juga didakwa punca insiden berkenaan.

Melalui satu posting di akaun TikTok miliknya sebelum ini, dia berkata, rindu akan senyuman adiknya dan menganggap segala yang terjadi merupakan ujian terhadap remaja berumur 18 tahun tersebut.

Tindakan berkenaan turut mencetuskan kemarahan netizen yang mengecam pelaku tersebut yang memandu dalam keadaan berbahaya.

Sebelum ini, remaja yang memandu kereta jenis Honda Jazz yang didakwa melanggar lampu isyarat dan bertindak merempuh dua remaja yang menaiki motosikal sekali gus menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16, yang maut di lokasi kejadian.

Kes yang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menerusi siasatan awal mendapati pemandu tersebut gagal mengawal kenderaan di persimpangan lampu isyarat Matahari Height kemudian melanggar motosikal jenis Modenas Kriss yang dibonceng oleh kedua-dua mangsa. – KOSMO! ONLINE

@bungaorkeddddddddddd Assalammualaikkum / Salam sejahtera . Saya kakak kepada pelaku kejadian kemalangan maut diSenawang tempoh hari ingin membuat PERMOHONAN MAAF bagi pihak keluarga mangsa dan seluruh rakyat malaysia atas keterlajuran kata kata saya tempoh hari. Saya mintak maaf saya tidak dapat mengawal emosi sewaktu itu. Saya betul betul menyesal atas kata kata saya yang lepas. Harap pihak keluarga mangsa dan juga rakyat malaysia dapat memaafkan saya. Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. #kakakhondajazz #permohonanmaaf #kemalanganmautsenawang ♬ original sound – Mk

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI