fbpx

Pesakit tumbuk muka kakitangan hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan hospital memanggil pesakit untuk memberikan nombor giliran. - Facebook

BANGKOK – Seorang pesakit menumbuk muka kakitangan hospital di wilayah Udon Thani ketika menunggu giliran untuk berjumpa doktor, lapor laman berita Thaiger.

Dalam kejadian pada 5 Mac lalu sekitar pukul 8.56 pagi (waktu tempatan), seorang kakitangan wanita memanggil nama pesakit tersebut untuk memberikan nombor giliran.

Pesakit lelaki itu secara tiba-tiba marah sebelum dia menumbuk muka mangsa, menyebabkan kecederaan pada lengan, muka dan kepala.

Rakaman itu dikongsikan oleh Pembantu Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Leftenan Kolonel Dr. Thanakrit Chit-arirat.

“Sekali lagi, kakitangan hospital diserang secara fizikal,” katanya.

Insiden tersebut mencetuskan kemarahan ramai dengan rata-rata netizen menggesa supaya tindakan tegas diambil ke atas pelaku. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI