fbpx

Perkhidmatan Rapid Penang On Demand diperluas mulai minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan Rapid Penang On-Demand akan diperluas mulai 15 Mac ini di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Perkhidmatan Rapid Penang On-Demand akan diperluas dengan penambahan tiga laluan baharu serta dua van tambahan bagi laluan sedia ada mulai 15 Mac ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd, Ku Jamil Zakaria berkata, perkhidmatan yang sebelum ini dikenali Demand Responsive Transit (DRT) itu diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pengangkutan awam di kawasan berpenduduk padat serta lokasi yang masih belum mempunyai akses kepada perkhidmatan bas.

“Tiga laluan baharu yang diperkenalkan adalah T110B (Gurney dan Tanjung Bungah) dengan enam van, T710B (Sunway dan Butterworth) juga dengan enam van serta T211B (Paya Terubong) dengan satu van.

“Laluan ini akan berfungsi sebagai penghubung perjalanan batuan pertama dan terakhir (first and last mile) penumpang kepada rangkaian pengangkutan awam sedia ada, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, katanya, laluan sedia ada T210B (Farlim dan Air Itam) yang diperkenalkan pada Ogos tahun lalu akan turut ditambah baik dengan tambahan dua van, menjadikan jumlah keseluruhan empat van.

Tambahnya, setakat ini, purata jumlah penumpang harian laluan T210B ialah 137 orang, melebihi sasaran awal 100 penumpang sehari dan sejak beroperasi tujuh bulan lalu, laluan itu telah mencatat lebih 26,000 penumpang.

“Rapid Penang On-Demand beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11 malam dan boleh ditempah melalui aplikasi Kummute. Tambang promosi RM1 bagi setiap perjalanan masih dikekalkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI