PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri ini sehingga awal pagi ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk sehingga pukul 1 pagi itu melibatkan Perak, Selangor dan Sarawak
“Di Perak antara kawasan yang terjejas ialah (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
“Ribut petir pula dijangka berlaku di Selangor membabitkan (Sabak Bernam dan Kuala Selangor),” katanya hari ini.
Dalam pada itu, MetMalaysia melaporkan, Sarawak diramal hujan lebat melibatkan kawasan Miri dan Limbang.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE