fbpx

Penunggang, pembonceng motosikal maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa yang dilanggar sebuah kereta dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 5 Jalan Bera-Mayam di Bera malam semalam.

BERA – Dua lelaki dipercayai warga Nepal maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kejadian kemalangan dengan kereta dan trak pikap di Kilometer 5 Jalan Bera-Mayam di sini malam semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah penunggang motosikal dan pembonceng motosikal yang belum dikenalpasti identiti.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian kira-kira pukul 8.43 malam itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu motosikal jenis Demak Spark 110, trak pikap jenis Mitsubishi Triton dan kereta jenis Satria Neo.

Katanya, siasatan awal mendapati trak pikap dan kereta dalam perjalan dari arah Mayam menghala ke Bera.

“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal dipercayai tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri jalan dan bergesel dengan trak pikap sebelum dilanggar oleh kereta yang berada di belakang.

“Akibat kemalangan penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bera untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan rata dan semasa kejadian jalan kering dan cuaca baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`