fbpx

MotoGP: Aldeguer tunjuk potensi luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALDEGUER menggantikan tempat Marquez di Gresini dan berjaya meraihi tempat ke-13 pada GP Thailand minggu lalu. - AFP

MILAN – Seorang pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) kini dibandingkan dengan legenda sukan itu, Marc Marquez selepas data prestasinya menunjukkan persamaan yang mengejutkan dengan juara dunia lapan kali tersebut.

Pelumba muda Sepanyol, Fermin Aldeguer yang menggantikan Marquez di Gresini musim ini, telah mencatat statistik hampir menyamai rekod bintang berpengalaman itu ketika bersama jentera Ducati versi lama tahun lalu.

Menurut bekas juara dua kali Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Neil Hodgson, data prestasi Aldeguer dianalisis oleh ketua kru Gresini, Frankie Carchedi yang sebelum ini pernah bekerja dengan Marquez.

“Dia sangat kagum dengan pelumba berusia 19 tahun itu (Aldeguer). Dia berkata beberapa perkara yang saya lihat dalam data ini menyerupai Marc Marquez. Tetapi kami masih cuba memahami mengapa dia tidak konsisten,” kata Hodgson.

Bagaimanapun, Hodgson juga menyatakan bahawa sikap Aldeguer boleh menjadi faktor utama menghalangnya daripada mencapai potensi sebenar.

“Nampaknya sikap menjadi masalah apabila keadaan tidak berjalan lancar, dia kelihatan cepat marah. Aldeguer perlu belajar untuk tetap tenang dan tidak panik,” tambahnya.

Bekas pelumba MotoGP, Michael Laverty turut berkongsi pandangan yang sama mengenai kemampuan pelumba muda itu.

“Orang yang sebelum ini bekerja dengan bakat luar biasa, salah seorang pelumba terpantas sepanjang zaman, kini melihat datanya dan berkata ‘anda melakukan sesuatu yang serupa dengan Marc.’ Itu sesuatu yang besar,” katanya.

Aldeguer memulakan Grand Prix (GP) Thailand dari petak ke-15 dan menamatkan kedua-dua perlumbaan sprint dan utama di tempat ke-13. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI