fbpx

Media P. Pinang gotong-royong edar ‘nombu kanji’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak Kelab Media Mutiara Pulau Pinang mengedarkan 900 bubur lambuk atau ‘nombu kanji’ kepada orang ramai, dengan kerjasama pengurusan Masjid Kapitan Keling di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Mutiara) mengambil peluang menyediakan 900 bubur lambuk atau lebih dikenali sebagai ‘nombu kanji’ dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid Kapitan Keling di sini, hari ini.

Nombu yang diterjemahkan daripada bahasa Tamil bermaksud puasa merupakan juadah turun-temurun masyarakat India Muslim.

Presiden Mutiara, Mohd. Iskandar Othman berkata, penganjuran Program Mengedar Bubur Lambuk Mutiara bersama pengurusan masjid berkenaan merupakan sebahagian aktiviti tahunan kelab itu setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Menurutnya, selain berpeluang meraikan bulan mulia bersama ahli-ahli Mutiara terdiri pengamal media pelbagai agensi di Pulau Pinang, program tersebut juga bertujuan berkongsi keberkatan Ramadan bersama jemaah masjid, orang awam dan golongan gelandangan.

Pihak Kelab Media Mutiara Pulau Pinang mengedarkan 900 bubur lambuk atau ‘nombu kanji’ kepada orang ramai, dengan kerjasama pengurusan Masjid Kapitan Keling di George Town, hari ini.

“Lebih bermakna lagi apabila juadah tradisi Ramadan ini dikongsi bersama para pelancong asing yang datang berjemaah di masjid dan mereka sanggup menunggu beberapa jam untuk kami menyiapkan menu turun-temurun ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, jawatankuasa Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan memberitahu, penganjuran program kali kedua bersama Mutiara ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dengan pihak media malah dapat berkongsi keistimewaan juadah turun-menurun itu.

Pihak Kelab Media Mutiara Pulau Pinang mengedarkan 900 bubur lambuk atau ‘nombu kanji’ kepada orang ramai, dengan kerjasama pengurusan Masjid Kapitan Keling di George Town, hari ini.

“Ini merupakan kesinambungan daripada program bersama Mutiara dua tahun lalu dan diharap dapat diteruskan pada tahun depan,” ujarnya.

Tambahnya, bubur kanji yang dihasilkan daripada bahan sayur-sayuran dan campuran rempah ratus itu telah diperkenalkan seawal penubuhan Masjid Kapitan Keling sejak 224 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI