fbpx

Mara komited lahir pelajar cemerlang, kukuh asas agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi ketika program #TerjahSahur di MRSM Pengkalan Hulu pagi tadi.

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) komited dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang profesional, tetapi juga mempunyai asas ilmu agama yang kukuh.

Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, langkah itu selaras dengan matlamat Program Tamhidi Ulul Albab yang telah dilaksanakan di 57 MRSM seluruh negara.

Jelasnya, program itu membentuk generasi yang menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi yang disinergikan elemen fikir dan zikir dalam diri setiap pelajar.

“Semoga anak-anak Mara terus berusaha menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan mencapai kejayaan pada masa akan datang.

“Berusahalah menjadi manusia yang memberi manfaat dan yang mampu memanusiakan manusia,”tulisnya di laman Facebook.

Terdahulu, dalam hantaran sama, beliau memaklumkan telah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu bagi program #TerjahSahur.

“Bermula dengan sahur bersama di dewan selera, diikuti solat subuh berjemaah, bacaan Al-Mathurat, dan sesi perkongsian bersama anak-anak maktab ini,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI