PETALING JAYA – Luaran nampak sempurna, pusing ‘kosong’. Itu yang terjadi kepada seorang pengguna apabila mendapati isi kek yang disimpannya telah ‘lesap’.
Lebih mengejutkan, kek itu bertongkatkan pencungkil gigi bagi mengekalkan bentuknya. Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi lucu daripada netizen.
“Sakit tapi kena kat aku ‘confirm’ (pasti) aku ketawa…macam mana boleh terfikir nak buat macamtu,” kata @Acheng_alexander.
“Ada pencungkil gigi disebalik kek,” seloroh @Uchihahitachi41.
Lebih mencuit hati, ada juga pengguna yang memuji ketelitian si pelaku.
“Macam mana dia tarah isi dalam tu, elok yg atas tak terjejas. Bermakna beliau itu sangat teliti orangnya lah mengkaji pula dah,” komen @Kaklimah2.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 65,000 tanda suka, 525 komen dan 24,900 perkongsian. -KOSMO! ONLINE