fbpx

Kutipan cukai langsung 2024 RM184.8 bilion, meningkat RM1.46 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Kutipan cukai langsung yang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tempoh 2024 merekodkan nilai tertinggi iaitu sebanyak RM184.8 bilion dengan menyaksikan peningkatan RM1.46 bilion berbanding tempoh sama pada 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu dicapai ekoran ketegasan LHDN yang tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak khususnya peringkat atasan seperti golongan maha kaya daripada terlepas melaksanakan pembayaran cukai.

“Selalunya kalau kita lihat kebocoran itu tidak diperingkat kecil, sebab itu saya masih ingat sewaktu membuat kunjungan pertama di Jabatan Hasil Dalam Negeri semasa menjadi Menteri Kewangan pada 90-an, saya akan berikan sokongan (tindakan tegas).

“Baru-baru ini sejak tahun lalu juga, buat julung kali, tokoh korporat utama tanpa kecuali semuanya juga berminat untuk penuhi tanggungjawab dan membayar hasil,” katanya pada Majls Sambutan Hari Hasil ke-25 di Menara Hasil di sini hari ini.

Anwar berkata, sebagai Perdana Menteri, beliau juga memberi sokongan kuat kepada LHDN sehingga tiada pihak berani merayu kepadanya berkaitan kutipan cukai tersebut.

Jelasnya, situasi itu turut mencerminkan integriti tinggi yang ada pada LHDN dalam melaksanakan tugas berkenaan.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI