fbpx

Minuman ‘power’ campur syabu, ketamin RM7 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR (dua dari kanan) menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Sindiket pengedaran dadah dikesan semakin kreatif melakukan pemasaran dengan membungkus campuran pelbagai dadah dalam peket minuman sebelum dijual kepada pelanggan.

Tindakan mencampurkan lebih dua jenis dadah dalam satu bungkusan itu dipercayai untuk memberi kepuasan lebih kuat kepada penagih.

Kegiatan dua sindiket pengedaran dadah itu terbongkar selepas tujuh individu termasuk seorang wanita Vietnam diberkas dalam dua siri serbuan khas pada Selasa dan Rabu minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, dalam operasi pertama, pihaknya melakukan dua serbuan di kawasan parkir sebuah kondominium dan sebuah hotel di bandar raya ini, 4 Mac lalu.

Ujarnya, dalam serbuan bermula pada pukul 7.20 pagi hingga 6 petang itu berjaya menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam berumur antara 25 hingga 29 tahun.

“Modus operandi sindiket ini menjadikan kondominum yang berpengawal dan berpagar sebagai tempat penyimpanan dadah dan mereka telah aktif sejak Januari lalu.

“Polis berjaya merampas sebanyak 9.29 kilogram (kg) serbuk ekstasi, ketamin (74 gram), pil eramin 5 (90 biji), pil ekstasi (26 biji) dan 17 mililiter cecair ekstasi bernilai RM RM1.56 juta,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kumar berkata, selain itu, dalam serbuan itu, dua buah kereta, wang tunai berjumlah RM15,450 dan pelbagai barang kemas yang keseluruhan berjumlah RM95,490 turut disita.

Menurut beliau, dalam serbuan kedua pula, pihaknya melakukan serbuan di sekitar bandar raya ini pada Selasa dan Rabu minggu lalu.

Tambahnya, empat individu termasuk seorang wanita tempatan diberkas berusia antara 17 hingga 42 tahun.

“Pelbagai jenis dadah dirampas dalam serbuan ini termasuklah 32.2 kg serbuk ekstasi, syabu (13.50 gram) dan pil eramin (8 biji) bernilai RM5.38 juta.

“Turut disita sebuah kereta dipercayai kenderaan curi, dua buah motosikal dan wang tunai dengan nilai RM3,659,”katanya.

Kumar berkata, sindiket ini merupakan sindiket berlainan namun mereka menggunakan modus operandi yang sama iaitu menjadikan kondominium sebagai ‘makmal’ untuk membungkus dadah sebelum diedarkan kepada pengguna.

Kesemua suspek dalam dua sindiket ini sehingga 12 Mac ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI