fbpx

‘Kalau dia masih hidup, umurnya sekarang 38 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu kepada Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal menzahirkan rasa rindu dan doa buat anak tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi akibat nahas dua helikopter TLDM tahun lalu.

PETALING JAYA – “10 Mac 1987 – 10 Mac 2025. Genap umur anak mama 38 tahun tetapi abang Kamal tinggalkan kami semua.”

Demikian ucapan kelahiran seorang ibu kepada anaknya, Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, merupakan salah seorang anggota yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 24 April tahun lalu.

Menerusi perkongsian ibu kepada Allayarham Rezaudeen Kamal dengan menggunakan akaun TikTok @atiewan awal pagi tadi, wanita itu menzahirkan rasa rindu dan doa buat anak tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi.

“Abang Kamal tinggalkan kami semua ke negeri abadi selama-lamanya sebab Allah lebih sayang abang daripada kami.

“Mama doakan semoga abang damai di negeri abadi bersama dengan orang-orang yang beramal soleh dan beriman di sisi Allah,” luahnya.

Terdahulu, Allahyarham Rezaudeen Kamal bersama sembilan lagi anggota serta pegawai TLDM terkorban dalam nahas dua helikopter milik tentera laut itu yang bertembung ketika raptai lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada pukul 9.03 pagi.

Nahas itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI