fbpx

‘Jangan jual bunga api, mercun di bazar Ramadan, kalau tak kena rampas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERAI menjual bunga api di Bazar Ramadan Ayer Baloi, Pontian yang tular di media sosial yang menimbulkan rasa tidak peniaga juadah makanan di kawasan tersebut.

PONTIAN – Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) akan merampas barangan peniaga bunga api sekiranya mereka menjalankan perniagaan di sembilan kawasan Bazar Ramadan di daerah ini.

Merujuk kepada isu peniaga bunga api di Bazar Ramadan di Ayer Baloi yang tular di media sosial, Unit Perhubungan Koporat MPPn menegaskan permohonan peniaga sebenarnya tersebut tidak disokong oleh MPPn.

Katanya, permit penjualan bunga api sempena Hari Raya Aidilfitri dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan meminta ulasan MPPn mengenai kesesuaian kawasan jualan tersebut.

Menurut beliau, setakat ini MPPn telah menerima sebanyak 56 permohonan daripada PDRM, namun hanya 27 permohonan sahaja disokong oleh MPPn.

“Manakala selebihnya tidak disokong termasuk peniaga bunga api di Bazar Ramadan Ayer Baloi yang tular di media sosial,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial malam tadi dimana seorang peniaga makanan meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapati ada pihak yang menjual bunga api di Bazar Ramadan Ayer Baloi.

Peniaga tersebut mendakwa tapak bazar tersebut sepatutnya dikhaskan untuk penjual makanan juadah berbuka puasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI