fbpx

Jadi artis bukan ‘tiket’ bertepuk-tampar tanpa hubungan sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Ahmad Sanusi di Facebook beliau hari ini.

PETALING JAYA – Masyarakat diingatkan agar tidak menormalisasikan perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam, terutamanya dalam hal batas pergaulan antara lelaki dan wanita yang belum mempunyai ikatan sah.

Amalan seperti bertepuk tampar dan berpegangan tangan bukan sahaja bertentangan dengan syariat Islam, malah boleh membawa kepada kelalaian yang lebih besar.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkongsi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani, Rasulullah SAW memberikan peringatan tegas mengenai hal ini.

“Andai sekiranya kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal buat dirinya.” (HR al-Tabrani),” kongsinya menerusi satu catatan di Facebook hari ini.

Katanya, hadis tersebut menunjukkan betapa beratnya dosa menyentuh seseorang yang bukan mahram, malah perbuatan seperri itu semakin dianggap biasa dalam masyarakat moden.

Ahmad Sanusi berkata, perkara ini menjadi lebih serius apabila individu yang dikenali ramai atau mempunyai pengaruh dalam masyarakat melakukan perbuatan maksiat secara terbuka.

“Apatah lagi sekiranya yang melakukan itu merupakan seorang yang dikenali ramai, namun dia menunjukkan contoh yang bercanggah dengan perintah Allah.

“Sekiranya perbuatan melakukan maksiat ini diikuti oleh anak muda yang lain, maka dia akan menanggung dosa orang yang mengikuti perbuatannya itu,” pesannya.

Jelasnya, hujah tersebut berdasarkan hadis Rasulullah SAW, “Dan barang siapa yang melakukan perbuatan jahat dalam Islam, lalu diikuti oleh orang yang lain, maka akan ditulis baginya dosa bagi orang yang melakukan perbuatan tadi, tidak berkurang sedikit pun daripada dosa tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim).

Selain itu, beliau turut mengingatkan rang awam untuk memainkan peranan dalam menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Tegasnya, jangan sesekali kita memberi sokongan terhadap perbuatan yang bertentangan dengan Islam, sama ada dengan cara menyokong secara terang-terangan atau berkongsi perbuatan maksiat di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI