fbpx

‘Influencer’ wanita meninggal dunia selepas dua hari tidak jamah makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Maoyouyou. - Foto 163.com

BEIJING  – Kematian seorang pesohor ‘cosplay’ berusia 24 tahun mencetuskan kesedihan besar kepada pengguna internet di China yang bersimpati dengan keadaan kewangan mangsa, lapor portal berita South China Morning Post (SCMP) kelmarin.

Menurut saluran berita QQ, keluarga pesohor itu, Maoyouyou atau nama sebenarnya Shi Ye berkata di media sosial bahawa dia meninggal dunia pada pukul 5.20 petang (waktu tempatan), 25 Februari lalu.

“Kami tahu masih ramai menyukainya. Jadi, kami tidak akan membatalkan nombor telefon bimbitnya atau akaun media sosialnya,” kata kenyataan keluarga Shi Ye.

Menurut beberapa peminat sehari sebelum kematiannya, Maoyouyou berasa lemah semangat dengan menyatakan dia mempunyai status mental yang lemah ketika melakukan penstriman video.

Gadis itu juga mendedahkan bahawa dia tinggal di flat yang disewa di Beijing selama tiga tahun tetapi tidak mempunyai wang untuk membayar sewa selama beberapa bulan.

Menyifatkan dirinya sebagai ‘di ambang kematian’, Maoyouyou berkata, dia tidak makan selama dua hari dan tidak mempunyai selera.

Beberapa jam sebelum kematiannya, gadis itu berkata di media sosial bahawa dia tidak akan bertemu lagi dengan pengikutnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI