PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi kuat dilaporkan melanda rantau Pulau Jan Mayen pada pukul 10.33 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa tersebut berukuran 6.6 magnitud.
“Kejadian berlaku di 71.3 darjah Utara dan 8 darjah Barat dengan kedalaman 10 kilometer (km).
“Ia terjadi 2,114km Barat Laut dari Saint Petersburg, Russia,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. -KOSMO! ONLINE