fbpx

EPL: Chelsea berdepan cemas sebelum noktahkan tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Chelsea, Marc Cucurella (kiri) muncul wira pasukannya apabila meledak gol kemenangan 1-0 ke aas Leicester City di Stamford Bridge, sebentar tadi. - AFP

LONDON – Kegagalan Cole Palmer menyempurnakan penalti membayangi kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Leicester City di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Bagaimanapun, tonggak pertahanan The Blues, Marc Cucurella tampil dengan peranan sebagai hero apabila meledak gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-60.

Keputusan itu memastikan Chelsea kekal dengan rentak kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir dan kini menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris dengan 49 mata.

Walaupun hanya mampu mengesahkan kemenangan tipis, ia sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan buat pengurus The Blues, Enzo Maresca ke atas The Foxes yang juga bekas pasukannya musim lalu.

Dalam aksi berasingan, kesilapan yang dilakukan penjaga gol Bournemouth, Kepa Arrizabalaga beri impak besar kepada pasukannya yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur.

Keputusan itu juga menyaksikan Bournemouth kini harungi kemarau kemenangan dalam empat aksi berturut-turut namun ia menjadi satu mata penting buat Spurs yang pamer kebangkitan luar biasa apabila memperoleh dua gol dalam tempoh 25 minit terakhir.

Terdahulu, segalanya sempurna buat Bournemouth apabila menahului dua gol menerusi Marcus Tavernier dan Evanilson, masing-masing pada minit ke-42 serta 65.

Selepas itu, anak buah Andoni Iraola seakan dilanda nasib malang apabila gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan.

Pape Matar Sarr mencetuskan kebangkitan Spurs apabila sepakan jauhnya pada minit ke-67 berjaya memerangkap penjaga gol lawan, Arrizabalaga sebelum Son Heung-min menyempurnakan penalti pada minit ke-84. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI