fbpx

‘Dulu sasar umur 26, sekarang 32 tahun pun tak kahwin lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amira mengakui tidak pernah tertekan untuk menamatkan zaman bujang.

PETALING JAYA – Penyanyi Amira Othman mengakui tidak pernah tertekan untuk menamatkan zaman bujang walaupun pernah menyasarkan mendirikan rumah tangga pada usia 26 tahun sebelum ini.

Menurut Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, perkara tersebut mengajar untuk sentiasa bersabar dan menerima sahaja takdir Tuhan untuk kehidupannya terutama perihal jodoh.

“Dulu ada (sasaran), saya nak kahwin ketika umur 26 lepastu tak jadi, saya letak 27 pula.

“Kemudian saya sasar 30 tahun pula, sekarang umur 32 pun tak kahwin lagi.

“Tapi saya yakin itu yang terbaik. Kadang-kadang kita rasa nak kahwin awal atau lambat, tapi Allah mungkin minta sabar,” katanya dalam satu temu bual podcast baru-baru ini.

Menyifatkan dirinya seorang yang setia, Amira berpendapat lambat mendirikan rumah tangga adalah stau bentuk pelindungan Tuhan padanya daripada terjebak dengan perkara kurang baik.

“Saya pula setia sebelum ini cuma urusan jodoh itu belum sampai. Mungkin orang (bekas kekasih) sebelum ini jodohnya dengan orang lain begitu juga saya.

“Itu juga sesuatu yang saya belajar (jaga jodoh orang). Kalau Allah tak beri jadi, memang tak akan berlaku walaupun kita usaha.

“Jadi, saya percaya tidak ada benda yang Allah jadikan, untuk memudaratkan. Pasti Allah jadikan untuk melindungi daripada perkara-perkara yang tidak kita fikir,” ujarnya positif.

Buat masa sekarang, Amira memberitahu dia menyerahkan segala urusan jodoh sepenuhnya kepada Tuhan dan bertawakal sahaja.

“Walaupun tak jadi, kita sakit, sedih, menangis, jatuh pasti Allah nak lindungi kita.

“Saya rasa saya bertawakal sahaja untuk hidup.

“Saya tahu saya hanya menumpang (bumi Allah), saya bernafas pun saya tumpang,” katanya lagi.

Ketika ini, nama Amira kerap menjadi sebutan ramai apabila didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Fattah Amin.

Perkara tersebut mula tercetus selepas Fattah turut berlakon dalam video muzik bagi single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin.

Gosip cinta mereka kian rancak diperkatakan terutama selepas Amira dan Fattah turut sama menjadi duta bagi sebuah jenama pakaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI