fbpx

‘Datang ke pejabat PTPTN, bincanglah dari hati ke hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik pinjaman diminta hadir ke pejabat agensi tersebut bagi mengadakan perbincangan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Mustapha Sakmud berkata, sehingga 31 Disember 2024, seramai 817,872 peminjam membuat bayaran balik secara tidak konsisten dan mempunyai tunggakan, manakala 383,637 peminjam tidak pernah pun membuat bayaran balik pinjaman.

“Bagi yang baru tamat pengajian belum ada pekerjaan atau (menjadi) suri rumah , PTPTN menggunakan langkah amat praktikal dan prihatin. Kita galakkan peminjam yang tidak mampu datanglah ke pejabat PTPTN terdekat dan bincanglah dari hati ke hati.

“Kita boleh strukturkan bayaran balik tersebut. Kita tidak bersifat punitif. Kita terbuka dan akan pastikan kaedah bayaran balik itu akan dibincangkan sebaiknya untuk memudahkan semua pihak,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Roderick Wong Siew Lead sama ada PTPTN akan melanjutkan tempoh bayaran balik kepada graduan yang belum memperoleh pekerjaan, berpendapatan rendah atau menjadi suri rumah.

Terdahulu, Mustapha menerangkan, model pembiayaan PTPTN adalah dengan menggunakan kutipan bayaran balik yang diterima daripada peminjam.

Kata beliau, jika ada kekurangan dariapada kutipan bayaran balik, PTPTN terpaksa mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan dengan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan menyedari kebergantungan berterusan kepada jaminan kerajaan adalah tidak mampan untuk jangka masa panjang.

Justeru, katanya, kerajaan memperkasakan bayaran balik peminjam dengan melaksanakan pendekatan menghantar notis tuntutan dan notis peringatan.

“Pendekatan ini ada tercatat dalam perjanjian yang ditandatangani oleh peminjam PTPTN,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI