fbpx

‘Dah minum baru perasan ada gambar kucing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susu kambing untuk kucing yang diminum seorang lelaki.

PETALING JAYA – Tindakan mencuit hati seorang lelaki yang lambat menyedari bahawa susu yang diminum merupakan susu yang dibuat khas untuk haiwan kegemaran ramai iaitu kucing.

Menerusi perkongsian Mursalin Ibrahim di aplikasi Thread, dia hanya menyedari susu yang diminum tersebut adalah susu haiwan kucing setelah menghabiskan secawan minuman.

Rata-rata netizen menerusi ruangan komen menyampaikan perasaan terhibur dengan tindakan lelaki tersebut.

“Faham sangat kalau dah tak balas, sudah jadi kucing la tu, meow,” komen @fiaa.vu.

“Sudah berbulu ke belum? Baka apa?” komen @aini_norlyy.

“Bang, esok kalau dah mula ‘mengiaw’ jangan terjun bangunan pula, tahulah dah ada tujuh nyawa pun kan,” balas @deanzo.my – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI