fbpx

‘Dah berdamai dengan takdir, saya doakan yang terbaik untuk mereka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muaz yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Bella mendoakan yang terbaik buat wanita itu bersama ahli politik, Syed Saddiq. – FIRDAUS JOHARI

KUALA LUMPUR – Pelakon Muaz Zabir reda dengan takdir berkaitan hubungannya bersama penyanyi Bella Astillah yang kini dilihat lebih akrab dengan ahli politik, Syed Saddiq.

Dalam masa sama, Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 28, hanya mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka yang dilihat mendapat lampu hijau daripada peminat.

“Saya dan Bella pernah rapat dan kami sudah berdamai dengan takdir yang tak boleh diubah. Jadi, kami teruskan kehidupan dengan versi lebih baik.

“Masing-masing sibuk dengan kerja dan tak tahu sampai mereka jadi fenomena. Sedikit sebanyak boleh bantu produk.

“Nak cakap lebih- lebih tak boleh, saya doakan yang terbaik buat mereka. Seandainya boleh buat masing-masing gembira,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui semasa sidang akhbar Gerobok Biru Gempak Gempita Raya hari ini.

Pelakon drama Keluarga Itu tidak menafikan dia dan Bella mempunyai hubungan istimewa sejak awal kontroversi tersebut bertebaran.

“Tak pernah nafi kami pernah rapat dari awal kontroversi kami keluar.

“Kenyataan pertama saya kepada seluruh netizen dan rakyat memang saya tak nafi cuma perkara tersebut sudah berlalu.

“Kami mampu merancang Tuhan yang menentukan, itu sebaik ketentuan,” ujarnya.

Selain itu, Muaz memaklumkan hubungannya dengan Bella dalam keadaan baik walaupun pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta.

“Saya dengan Bella tiada isu sama ada tidak bertegur atau bergaduh.

“Kami ada juga jumpa untuk mesyuarat bersama duta-duta lain. Jadi, kami memang dalam keadaan baik,” jelasnya.

Sebelum ini, Muaz tak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabillah Awang Astillah itu.

Bella kini dilihat semakin akrab dengan Syed Saddiq selepas bekerjasama sebagai duta produk baju. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI