fbpx

‘Cik Cur’ sambilan sasar warga asing serendah RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing yanh ditahan polis dalam serbuan di Bukit Bintang semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 18 wanita warga asing disyaki pelacur jalanan ‘freelance’ ditahan dalam tujuh serbuan Op Bersepadu KL Strike Force di sekitar Bukit Bintang, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, operasi dijalankan pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, serbuan dimulakan pasukannya pukul 12.45 tengah malam hingga pukul 3 pagi.

“Seramai 18 wanita warga asing bekerja sebagai pelacur jalanan berjaya ditahan. Mereka terdiri daripada lapan wanita warga Uganda; Vietnam (3); Tanzania (2); Thailand (2) dan masing-masing seorang warga Nigeria, Kenya serta Indonesia,” katanya.

Selain itu, pihaknya menahan lapan lelaki disyaki penjaga premis dan pelanggan yang terdiri daripada tiga warga Bangladesh, masing-masing seorang warga Nepal, Egypt, Amerika Syarikat, Singapura serta warga tempatan.

Rusdi berkata, pihaknya turut merampas beberapa keping kondom dan wang tunai dipercayai hasil daripada aktiviti pelacuran.

“Wanita warga asing ini mengaku bekerja secara ‘freelance’ sebagai pelacur. Mereka ini menyasarkan warga asing yang datang berhibur di sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang, manakala bayaran yang mereka ambil serendah RM100,” katanya.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1956/63.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI