fbpx

200 jemaah Hejira terkandas mohon kes dipercepatkan di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 200 jemaah syarikat Hejira yang terkandas menghantar memorandum agar kes dibicarakan segera di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Lebih 200 jemaah Hejira Travel & Tours Holding Sdn. Bhd. yang terkandas dan gagal menunaikan umrah di Tanah Suci memohon Pejabat Peguam Negara untuk mempercepatkan perbicaraan kes mereka di mahkamah.

Penasihat undang-undang juga aktivitis Mind Pro Management, Ena Ewil berkata, proses mempercepatkan kes mereka di mahkamah membolehkan keadilan diberikan kepada jemaah terkandas.

“Hari ini kami berhimpun di Pejabat Peguam Negara bukan untuk mencari kesalahan pendakwaan, tetapi penyerahan memorandum bagi membolehkan kes tuduh di mahkamah dipercepatkan.

“Jadi, kami begitu mengharapkan agar pihak pendakwaan dapat menerima memorandum yang diserahkan untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Pejabat Peguam Negara di sini tadi.

Katanya, desakan agar kes itu segera dibicarakan di mahkamah juga bertujuan memberi pengajaran kepada orang awam untuk lebih berhati-hati dalam memilih syarikat pelancongan.

“Ia juga sebagai memberi amaran kepada syarikat pelancongan lain untuk tidak menggunakan modus operandi sama,” rayunya.

Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menggantung lesen Hejira kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Katanya, dalam tempoh penggantungan lesen itu, syarikat tidak boleh membuat sebarang urus niaga baharu termasuk pengiklanan jualan pakej dan memulangkan semula bayaran serta apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is ``