fbpx

Zii Jia tak kecewa, alih fokus All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA

PILIHAN utama, Lee Zii Jia terpaksa menelan hakikat perit apabila tumbang mengejut kepada pemain perseorangan Ireland, Nhat Nguyen pada suku akhir Orleans Masters awal pagi semalam.

Nguyen yang kini menghuni ranking ke-42 dunia, mempamerkan permainan cukup baik untuk mengatasi Zii Jia 23-21, 21-7 dalam tempoh 39 minit pada saingan di Palais des Sports, Perancis.

Pada set pertama perlawanan, Zii Jia di ranking ketujuh dunia, bermain dengan cukup baik apabila bangkit daripada ketinggalan 10-14 dan mengejar untuk mendahului permainan 18-16.

Segalanya berubah apabila pemain berusia 26 tahun itu melakukan kesilapan dan membiarkan Nguyen bangkit mencuri mata untuk menang 23-21.

Memasuki set kedua, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mula hilang tumpuan apabila Nguyen bijak mengatur langkah untuk mendominasi perlawanan dengan keputusan 21-7.

Kini, Zii Jia harus segera bangkit dan melupakan kekalahan kerana sebelum turun merampas kejuaraan All England yang dimenangi pada 2021 menjelang edisi kali ini bermula Selasa ini selepas dijadualkan menentang pemain Hong Kong, Ng Ka Long di pusingan pertama.

“Sedang berusaha kembali selepas berehat lama. Terima kasih Orleans Masters 2025. Teruskan ke yang seterusnya (All England),” kata TeamLZJ.

Biarpun tewas, Zii Jia seakan kembali mendapatkan permainan sebenarnya berikutan kecederaan buku lali kanan yang dialami ketika Jelajah Dunia Akhir BWF pada Disember lalu.

Ia berdasarkan prestasinya pada pusingan kedua, menyaksikan rentak cemerlang Zii Jia menundukkan bintang berpengalaman India, Srikanth Kidambi menerusi keputusan straight set 21-11, 21-17.

Sebelum melangkah ke pusingan kedua, Zii Jia terlebih dahulu membuka kempen dengan menundukkan wakil Taiwan, Chi Yu Jen 17-21, 21-17,21-17.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI