fbpx

Wanita serang, gigit penguat kuasa DBKL didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan gigitan di lengan anggota penguat kuasa DBKL oleh seorang peniaga.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang ditahan kerana menyerang pegawai penguat kuasa Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, hukuman itu dijatuhkan selepas wanita berusia 30 tahun itu membuat pengakuan bersalah di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Satu lagi tangkapan membabitkan tiga lelaki berusia 15 hingga 39 tahun akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan empat penjaja termasuk seorang wanita ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes serangan secara berasingan ke atas pegawai penguat kuasa DBKL, Rabu lalu.

Kejadian pertama kira-kira pukul 11.30 pagi di Jalan Benteng berlaku ketika pegawai DBKL mengalihkan food truck yang menghalang lorong sebelum diserang dan digigit sehingga cedera.

Dalam kejadian kedua sekitar pukul 10.08 malam, polis menerima satu lagi laporan daripada pegawai penguat kuasa DBKL yang didakwa dirempuh secara kasar ketika melakukan penyuraian di Masjid India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI