fbpx

[VIDEO] Gajah ‘besar bas’ tunjuk muka di LPT2 pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seekor gajah muncul di KM 272.5, LPT2 hari ini.

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) hari ini dikejutkan dengan kemunculan seekor gajah dewasa di Kilometer 272.5, berhampiran susur keluar Tol Cheneh.

Menerusi perkongsian video seorang lelaki, haiwan berkenaan dilihat datang dari arah ladang kelapa sawit berhampiran.

Pengguna media sosial yang menggunakan profil @@izak 82 iyu berkata, gajah berkenaan cuba untuk melintas lebuh raya berkenaan selepas dipercayai terpisah daripada kawanannya.

“Besar tuan, weh! Seekor, terpisah daripada kawanan dia tu. Kalau ikutkan, ada dalam 20 (ekor) lebih. Dia tak kacau orang,” katanya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai respons orang ramai yang teruja, malah ada juga berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan gajah berkenaan bersama kawanannya.

“Kampung saya. Baru (ni) dia datang dah ramai-ramai,” kongsi seorang netizen.

“Cheneh ada zoo dah,” komen netizen yang lain.

“Bahaya tu. LPT2 dah la orang bawa laju-laju tak macam lebuh raya timur barat,” ujar @@Nor Fakhrul. – KOSMO! ONLINE

@izak.82# ldg ketengah perwira bandar Ceneh baru♬ bunyi asal – izak 82

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI