fbpx

Sebab Zul Ariffin, ramai cemburukan gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOMEN Zul 'dibelai' gajah ternyata dicemburui peminat wanita.

KALAU sudah popular dan disayangi ramai macam aktor bertubuh sasa Zul Ariffin, setiap gerak geri pasti menjadi tumpuan.

Terbaharu bintang filem Sheriff: Narkoba Integriti itu bercuti di Thailand dan sempat berkunjung ke sebuah santuari gajah.

Memang manja sungguh anak haiwan tersebut sehinggakan dua kali pipi pelakon berusia 38 tahun itu jadi sasaran ciuman si comel bertelinga besar itu.

Sebaik video momen istimewa dikongsikan dalam Instagram, menderu-deru peminat Zul berebut komen.

Ditambah pula kapsyen yang disertakannya dengan menyatakan cinta boleh datang dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Rata-rata peminat tegar Zul Ariffin secara berseloroh menyuarakan perasaan cemburu terhadap haiwan berkenaan.

Lucunya apabila ada yang sanggup jadi gajah agar mendapat perhatian penuh lelaki idaman ramai itu. Sanggup ye demi Zul Ariffin.

Diva: Tertanya-tanya Syawal nanti Zul Ariffin dan teman rapatnya Gayatri pilih baju raya sedondon tak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI