NAPLES – Dengan hanya 11 perlawanan berbaki dalam saingan Serie A musim ini, Napoli dilihat berada dalam kedudukan yang ideal untuk merampas takhta liga daripada Inter Milan.
Meskipun satu mata memisahkan kedua-dua pasukan, kelebihan jadual perlawanan memihak kepada skuad kendalian Antonio Conte untuk ditabalkan sebagai juara Scudetto musim ini.
Ketika ini, persaingan kejuaraan semakin sengit apabila hanya tiga mata memisahkan tiga pasukan teratas dengan Inter menerajui carta menerusi 58 mata, diikuti Napoli (57) dan Atalanta (55).
Namun, kelebihan utama buat Napoli adalah mereka tidak perlu berdepan mana-mana pasukan dalam kelompok lima teratas hingga penghujung musim, bermakna terlepas aksi menentang Inter, Atalanta, Juventus dan Lazio.
Bagaimanapun, Napoli masih mempunyai beberapa ujian getir, termasuk pertemuan dengan pasukan tempat ketujuh, Fiorentina malam ini diikuti pertembungan menentang AC Milan pada 30 Mac serta Bologna (6 April).
Selain tiga aksi itu, baki lapan perlawanan Napoli adalah menentang pasukan pertengahan dan bawahan Serie A sekali gus memberi mereka laluan yang lebih mudah berbanding pencabar lain.
Oleh itu, pasukan yang memanfaatkan dilihat berpeluang cerah bergelar juara selain faktor jadual juga lebih memihak Napoli, skuad bimbingan Antonio Conte tersebut perlu memastikan mereka tidak tercicir mata terutama dalam perlawanan yang sepatutnya lebih mudah.
Sekiranya mampu mengekalkan momentum, Napoli akan kembali menjulang kejuaraan Serie A mungkin bakal membawa Napoli ke kejuaraan Serie A pertama mereka sejak musim 2022/23. – AGENSI