fbpx

Sayang isteri, suami Intan Najuwa upah tiga pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI memastikan Intan Najuwa tidak keletihan menjaga anak, suaminya bertindak mengupah tiga pembantu membantu menguruskan puteri sulung mereka.

PETALING JAYA – Enggan isteri kepenatan menguruskan anak, pelakon Intan Najuwa mendedahkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, mengupah tiga pengasuh bagi membantu menjaga Imane Lunara.

Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, itu inisiatif suaminya yang mahu memastikan dia mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan cahaya mata pertama mereka.

“Luna kini mempunyai tiga pengasuh, dan mereka semua tinggal bersama kami.

“Satu membantu pada siang hari, satu lagi bertugas pada waktu malam, dan seorang lagi menguruskan barang-barang Luna

“Suami saya yang mengatur semua ini untuk memastikan saya mendapat rehat yang cukup dan boleh menjaga diri saya,” katanya menerusi Instagram Story membalas pertanyaan peminat.

Pun begitu, pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu tidak hanya goyang kaki malah tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan menegaskan pengasuh hanya membantu melancarkan urusan harian.

“Saya tetap menjaga Lunara, mereka sekadar menyokong saya dalam pelbagai perkara.

“Saya tidak pernah meminta semua ini, suami yang mengatur semuanya kerana mahukan terbaik buat kami,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi beberapa foto pengasuh yang bertugas menjaga anaknya itu.

Bersyukur dengan segala usaha suaminya, Intan berharap tiada pihak salah faham dengan keputusannya mendapatkan bantuan.

“Saya bersyukur dengan segala yang dia lakukan untuk saya. Ibu-ibu, jangan menghakimi saya, okey?” tambahnya.

Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI