fbpx

R&R sementara di LTU dijangka siap seminggu sebelum Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY berkesempatan mengacau bubur sempena Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Pahang 2025 di Kampung Tanjung Gahai di Lipis hari ini

LIPIS – Pembinaan beberapa kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sementara di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) melibatkan peruntukan RM2.5 juta yang dijangka siap seminggu sebelum Aidilfitri dilihat mampu memberi kemudahan kepada pengguna.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemudahan itu akan dibina di dua hingga tiga lokasi strategik sepanjang laluan Karak, Bentong hingga Gua Musang, Kelantan yang merangkumi jarak kira-kira 300 kilometer.

Katanya, langkah iti diambil bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya, terutama mereka yang melakukan perjalanan jauh semasa musim perayaan.

“Ini hasil pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini selepas membawa beberapa perkara yang memerlukan bantuan, sokongan PM dan Alhamdulillah mendapat reaksi positif,” katanya ketika selepas Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Pahang 2025 di Kampung Tanjung Gahai di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun bersifat sementara, R&R yang dibina itu akan membantu mengurangkan kesesakan di hentian sedia ada serta memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang selain sebagai laluan alternatif ke Pantai Timur.

Dalam pada itu, beliau memberitahu hasil pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada semalam secara dasarnya kerajaan Selangor bersetuju dengan kenaikan kadar air mentah yang disalurkan ke negeri itu seterusnya mendatangkan hasil buat Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI