fbpx

Robot jadi pembantu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEO Gamma boleh menghidangkan teh kepada pengguna. - 1X

OSLO – Syarikat robotik dari Norway, 1X memperkenalkan robot humanoid dwipedal berkuasa kepintaran buatan (AI) yang boleh melakukan pelbagai kerja rumah, lapor laman berita Oddity Central.

Robot NEO Gamma bertindak sebagai pembantu rumah yang boleh melakukan kerja-kerja termasuk membawa pakaian, membersihkan tingkap, memvakum lantai, menghidangkan teh, mengambil objek dari lantai dan duduk di atas kerusi.

Bagi menjadikannya kelihatan lebih menyerupai manusia, 1X bekerjasama dengan pengeluar mesin mengait Jepun, Shima Seiki, untuk mencipta sut lembut dan licin yang menyembunyikan badan logam robot tersebut.

Menggunakan sistem pemacu yang dimodelkan daripada tendon manusia, pergerakan NEO Gamma hanya menjana kekuatan bunyi 10 desibel, menjadikannya senyap seperti peti sejuk moden.

Selain itu, robot tersebut sangat responsif kepada arahan pengguna, bertindak balas dan melakukan perbualan ringkas serta memainkan muzik melalui pembesar suara di kawasan pelvisnya.

“Bagi memastikan robot humanoid benar-benar menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, ia mesti dibangunkan bersama-sama manusia dan bukan bersendirian. 

“Kami tidak sabar  untuk berkongsi butiran lanjut mengenai NEO Gamma tidak lama lagi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif 1X, Bernd Bornig. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI