fbpx

Penumpang melecur ‘power bank’ meletup dalam MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail tren MRT di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA – Sebuah alat pengecas telefon bimbit atau ‘power bank’ milik seorang wanita terbakar di dalam kereta api Transit Aliran Massa (MRT) di stesen Raffles Place, Singapura, lapor portal berita MS News semalam.

Kejadian itu menyebabkan tangan pemiliknya melecur dan menjadi kehitaman.

Menceritakan kejadian itu dalam catatan di media sosial XiaoHongShu, wanita itu berkata, letupan tersebut menyebabkan tangannya menjadi hitam.

“Gerabak MRT dipenuhi asap selepas ‘power bank’ itu terbakar dengan sendiri di dalam beg. Ia mengejutkan ramai penumpang apabila asap tebal memenuhi gerabak,” tulisnya.

Sejurus pintu kereta api dibuka, semua orang berlari keluar, manakala wanita tersebut mencampakkan begnya sebelum melarikan diri.

Kakitangan stesen itu bertindak pantas dengan memindahkan penumpang dan membuat pengumuman kecemasan bagi memaklumkan penumpang berhubung kejadian itu.

Beg dan pengecas bateri itu kemudian diambil oleh pihak stesen MRT tersebut untuk pemeriksaan lanjut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI