PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan buah negeri pada petang ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, amaran tersebut dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda sehingga pukul 7 petang nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan melibatkan daerah Kuala Krai dan Gua Musang.
“Selain itu, amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi negeri Terengganu di daerah Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, amaran sama juga dikenakan di Pahang melibatkan daerah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.
“Hujan lebat juga diramal melanda negeri Selangor dengan amaran ribut petir dikeluarkan di daerah Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.
“Amaran tersebut juga dikeluarkan bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.
Katanya, amaran itu juga dikenakan di Negeri Sembilan iaitu untuk daerah Jempol dan Tampin.
“Amaran ribut petir jugak dikeluarkan untuk negeri Sarawak: Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Sementara itu di Sabah, ribut petir diramal melanda Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Tawau (Lahad Datu),” katanya. – KOSMO! ONLINE