fbpx

‘Nak buat berbuka, tapi isyak baru boleh makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Orang niaga bazar tu, nak pesan ni. Jangan la ikat getah ketat sangat sampai tak jumpa punca.”

Itu antara ‘pesanan mesra’ seorang individu kepada para peniaga di bazar Ramadan mengenai cara pembungkusan makanan yang betul untuk dijual kepada para pengunjung.

Katanya, teknik ikatan yang terlalu ketat menyukarkan mereka untuk menghidang dan menikmati makanan yang dibeli untuk berbuka puasa.

“Nak makan masa berbuka, isyak baru boleh makan,” selorohnya.

Hantarannya itu mendapat perhatian ramai yang mana ada netizen memberi cadangan kepada para peniaga, malah tidak kurang juga memandang serius terhadap gurauannya itu.

“Ikatlah bagi ada punca untuk buka,” ujar @Zainul Pantun.

“Bawa bungkusan tu pergi jumpa bomoh. Kena sihir tu,” komen @Hashim Ahmad.

“Ujian di bulan Ramadan. Sedikit kesulitan kepada peniaga dan pembeli. Mengukur kesabaran hati dan jari,” pesan @Sharup Din. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI