fbpx

Nadhir Nasar mengaku masih solo, peminat wanita lega!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Masih balik ke Kuala Kangsar, Perak, ‘ehem ehem’ (kekasih) tiada lagi.”

Demikian penjelasan pelakon Nadhir Nasar tentang statusnya sekali gus membuatkan ramai peminat wanita menarik nafas lega.

Perkara tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 29, selepas ditanya lokasi dia bakal menyambut lebaran nanti.

Dalam masa sama, pelakon drama Projek: High Council itu mengakui agak sedih apabila abangnya tidak dapat pulang menyambut Syawal bersama tahun ini.

“Sebenarnya tahun ini sedih sikit sebab tahun lepas abang saya baru berkahwin.

“Jadi, tahun ini hanya saya, mak dan bapa akan balik ke Kuala Kangsar,” ujarnya.

Sementara itu dalam ruangan, perkongsian Nadhir tentang statusnya yang masih solo membuat peminat teruja selain ramai menawarkan diri untuk pulang ke kampung bersamanya.

“Tidak mengapa Nadhir, saya pun balik Kuala Kangsar juga. Boleh balik bersama-sama.

“Alhamdulillah ‘ehem ehem’ tiada lagi.

“Lega tiada lagi kalau tak saya menangis dah kalau ada (kekasih),” kata peminat wanita.

Baru-baru ini ramai mendakwa hatinya sudah dimiliki kerana menzahirkan hasrat untuk mempunyai bakal isteri dari Kelantan.

Perkara tersebut mengundang rasa kecewa selain membuat andaian dia sudah mempunyai kekasih asal Kelantan ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI