fbpx

Liga Super: Faisal bantu Selangor FC berpesta gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Selangor, Faisal Halim meraikan jaringan pertama selepas tragedi menimpa dirinya ketika menentang Kelantan Darul Naim pada perlawanan Liga Super, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PETALING JAYA – Pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim mencapai detik terindah musim ini selepas meledak jaringan hatrik untuk membantu pasukan menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Pada aksi Liga Super itu, Faisal yang mesra dengan gelaran Mickey berjaya menamatkan kemarau jaringan hampir 10 bulan selepas kali terakhir menjaringkan gol sebelum menjadi mangsah simbah asid pada Mei tahun lalu.

Faisal dilihat tidak mempunyai masalah untuk memastikan Selangor berpesta gol hasil jaringan pada minit ke-13, m-45 dan m-66.

Sementara itu empat lagi gol disudahkan oleh Quentin Cheng pada minit ke-31, Aliff Izwan (m-73) dan dua lagi sumbangan jaringan menerusi pemain pertahanan, Harith Haiqal (m-54 dan m-56).

Lebih manis, keputusan tersebut mengesahkan status skuad kendalian Katsuhito Kinoshi itu selaku naib juara Liga Super musim ini dengan meriah 46 mata ketika saingan berbaki tiga perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI