LONDON – Seorang lelaki yang memanjat menara jam Big Ben di London sambil memegang bendera Palestin telah ditangkap sejurus dia turun ke bawah selepas tengah malam hari ini (waktu tempatan), kata polis.
Polis Metropolitan London yang pertama kali dimaklumkan tentang kejadian itu pada pukul 7 pagi (waktu tempatan) semalam berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas insiden berlarutan bagi tempoh lama.
Lelaki itu berada di atas mercu tanda tersebut walaupun kru kecemasan mendesaknya turun dari Menara Elizabeth di tengah London. Ia lebih dikenali dengan nama Big Ben.
“Saya akan turun berdasarkan syarat saya sendiri,” kata lelaki berkenaan ketika dia berunding dengan seorang kakitangan yang menaiki ‘lif’ bomba untuk mendekatinya.
Wartawan AFP yang berada di tempat kejadian sebelum ini berkata, lelaki itu kelihatan berdarah pada kakinya.
Orang ramai berkumpul di belakang kepungan polis dengan para penyokong melaungkan slogan seperti ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Anda ialah wira’. – AFP