fbpx

Lelaki Pakistan maut kemalangan dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan lelaki Pakistan yabg maut dalam kemalangan di Kilometer 67.5 Jalan Johor Bahru - Mersing di sini, malam tadi.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki warganegara Pakistan maut selepas gagal mengelak sebuah treler ketika cuba memotong dalam kemalangan di Kilometer 67.5 Jalan Johor Bahru – Mersing di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu kira-kira pukul 10.45 malam membabitkan kemalangan antara sebuah kereta Proton Iswara dengan sebuah treler.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki warga Pakistan berusia 22 tahun itu yang dari arah Mersing menuju ke Kota Tinggi cuba membuat potongan.

“Kereta itu tidak sempat mengelak treler yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 57 tahun yang datang dari arah bertentangan, lalu berlanggar secara berdepan,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.

Yusof berkata, dalam kemalangan itu, pemandu Proton Iswara tersepit dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori treler tidak cedera.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI