fbpx

Kepala air landa Pos Sinderut, kayu balak menutupi jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk melihat sebuah jambatan dilitupi kayu balak reput akibat dihanyutkan kepala air berdekatan Kampung Tual, Pos Sinderut, Lipis.

LIPIS – Penduduk Orang Asli di Pos Sinderut di sini gempar berikutan kejadian kepala air yang menyebabkan kayu balak reput dan dahan pokok menutupi laluan utama serta sebuah jambatan di kampung terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam semalam, kayu balak reput dan dahan pokok tumbang turut memenuhi bawah rumah penduduk serta meninggalkan kesan lumpur.

Akibat kejadian itu longgokan kayu balak dan dahan pokok tersangkut di jambatan sehingga menutupi laluan masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sinderut, klinik dan beberapa kampung berdekatan.

Seorang penduduk Bah Juman, 50, berkata, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah mula masuk tidur, manakala hujan masih turun lebat di kampung itu sejak dua hari lepas.

“Ketika mula hendak melelapkan mata, saya terdengar bunyi yang kuat berdekatan jambatan kampung ini lalu bangun melihat menggunakan lampu suluh rupa-rupanya pokok balak dan reba kayu sudah menimbun di atas jambatan.

“Saya juga melihat aliran ‘kepala air’ melimpah ke kawasan penempatan pinggir sungai ini. Banyak dahan kayu yang agak besar tersangkut di tiang bahagian bawah rumah,” katanya di Pos Sinderut dekat sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI