JAKARTA – Polis Banggai, wilayah Sulawesi Tengah membanteras kegiatan lepak sehingga tengah malam yang melibatkan golongan remaja, lapor portal berita RRI.co.id.
Seorang ketua polis tempatan, Asisten Komisioner Jimyarto Anasim berkata, terdapat sekelompok pemuda dan remaja berkumpul atau melepak hingga larut malam pada Isnin lalu.
Susulan itu, anggota polis mengarahkan mereka agar tidak melakukan perbuatan yang mengganggu ketenteraman masyarakat terutamanya di bulan Ramadan.
“Kami menemukan kumpulan remaja yang melepak. Polis mengarahkan mereka untuk segera pulang ke rumah kerana aktiviti melepak turut berpotensi terhadap jenayah lain,” katanya.
Sementara itu, polis turut melarang aktiviti sahur jalanan di Kota Luwuk sepanjang Ramadan tahun ini.
“Kami melarang sahur di jalanan di Kota Luwuk,” kata Jimyarto.
Tambahnya, setiap hari, anggota polis meronda di kawasan tertentu untuk memastikan tiada penduduk yang sahur di luar rumah di Kota Luwuk. – AGENSI