DALAM fasa menuju perceraian kali kedua, selebriti sensasi Farid Kamil mendedahkan ada pihak memang ingin melihat rumah tangganya bersama Diana Danielle benar-benar berkecai.
Menurut bapa kepada dua anak itu, ketika dalam proses berpisah tahun lalu, dia terkejut apabila ada individu bergelar Datuk datang menemuinya untuk bercerita perihal buruk isterinya.
Kononnya lelaki terbabit mengetahui gerak geri Diana selain mendakwa mempunyai gambar sebagai bukti perbuatan wanita itu ketika di belakang Farid.
Katanya dalam cerita yang dikongsikan dalam sebuah audio siar, ada individu yang hingga tahap cakap ‘kau tinggalkan sahajalah dia’.
Seram pula Diva dengar cerita- cerita Farid, macam dalam drama. Apa pun pengarah filem Remp-It 2 itu tidak termakan kata-kata jahat yang tersebut selain sampai sekarang masih berharap hati Diana dilembutkan semula.
Diva: Selain Beego da Linda, ada lagi pasangan artis akan naik mahkamah bulan ini. Moga dimudahkan urusan, kita nak raya ni.