fbpx

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa sederhana itu dilaporkan berlaku kira-kira 12.31 tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa, Indonesia pada pukul 12.31 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, gempa berukuran 5.2 skala magnitud itu berlaku di koordinat 9.7 darjah Selatan dan 117.6 darjah Timur.

“Gempa berkedalaman 42 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 184km Barat Daya dari Bima,Indonesia.

“Bagaimanapun susulan kejadian itu, tiada ancaman tsunami diberikan kepada Malaysia,” kata MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI