fbpx

Gelandangan wanita maut dirempuh bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita dipercayai gelandangan maut dirempuh bas ketika melintas jalan di Jalan Permas Utara, Johor Bahru awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita dipercayai gelandangan maut dirempuh sebuah bas ketika melintas jalan berhampiran sebuah stesen minyak terbengkalai dekat Jalan Permas Utara, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, mangsa yang dianggarkan berusia 30 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan berlaku ketika bas yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun dalam perjalanan dari Taman Permas Jaya ke Bakar Batu.

“Apabila bas tersebut tiba di stesen minyak terbengkalai itu, mangsa secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu bas tidak sempat mengelak dan terlanggar mangsa. Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Raub, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga boleh tampil ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Fathihah Ismail di talian 010-4171762 bagi membantu siasatan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI