fbpx

EPL: Aston Villa mula terbayang ‘Top 4’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATKINS (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menewaskan Brentford awal pagi semalam. - AVFC OFFICIAL

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery percaya barisan pemain sudah bersedia untuk memburu slot kejohanan Eropah selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, Villa meraih tiga mata penting hasil gol tunggal Ollie Watkins pada babak kedua untuk memastikan pasukan mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam tiga aksi terakhir.

Menurut Emery, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pasukan jika berhasrat untuk mencabar kelompok ‘Top 4’ selepas terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketujuh ketika ini.

“Saya harap kemenangan ini dapat melonjakkan lagi motivasi pemain untuk memburu tiket kejohanan ke Eropah musim depan pada baki perlawanan liga musim ini.

“Justeru, saya mahu pemain terus bekerja keras dalam usaha meraih keputusan positif terutama dalam saingan EPL yang sangat sukar untuk mana-mana pasukan mahu kekal konsisten,” katanya.

Sementara itu, Emery turut berbangga dengan prestasi Watkins yang semakin tajam selepas dikritik hebat kerana banyak mensia-siakan peluang keemasan pada beberapa perlawanan lepas.

“Saya tidak pernah meragui keupayaan Watkins walaupun ada ketika dia tidak menjaringkan gol, dia masih membantu jentera serangan kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI